Selamat Hari Bapa Kak Long (TV2)

Selamat Hari Bapa Kak Long


Saksikan telefilem 'Selamat Hari Bapa Kak Long' arahan Nazir Jamaluddin pada Selasa ini pukul 9 malam di TV2.

Selamat Hari Bapa Kak Long

Waktu Siaran: Selasa, 2 Ogos 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 slot Drama on 2
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Produksi: Fifteen Empire Sdn Bhd
Pelakon: Shakilla Khoriri, Kuza Muzani, Donna Muslim, Arash Mohd, Hakim Nordin, Riena Amirah

Sinopsis Selamat Hari Bapa Kak Long

Hana kehilangan ayah selepas ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan ketika bekerja. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, rumah mereka pula direbut pakciknya. Maka Hana sebagai anak sulung atau Kak Long terpaksa berhenti belajar dan menyara adik-adik dan juga ibunya. Hana menggalas tanggungjawab yang besar ibarat seorang ketua keluarga.