Sinopsis Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu

Musyrik - Api Neraka Menantimu

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya. Filem seram ini diarahkan oleh Arjin Uppal, mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.

Musyrik - Api Neraka Menantimu

Tarikh Tayangan: 7 Julai 2022
Pengarah: Arjin Uppal
Produksi: White Merpati Entertainment Sdn Bhd 
Pelakon: Ariel Zafrel, Ruhainies, Ashraf Muslim, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar, Neera Azizi

Sinopsis Musyrik Api Neraka Menantimu

Mengisahkan tentang Aril (Aeril Zafrel) yang mempunyai sikap mudah panas baran terutama sekali apabila perniagaanya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaanya sendiri. Dan juga dia menyalahkan anaknya, Puteri (Qaseh Shuhada) yang dikatakan membawa sial kepada keluarganya.

Rumah tangga Aril mula menjadi porak-peranda apabila dia dipengaruhi oleh satu entiti jahat yang telah “dihantar” oleh seseorang untuk membalas dendam. Pengaruh entiti jahat ini terlalu kuat sehingga Aril tergamak bertindak di luar kawalan dan mengancam nyawa isterinya, Wati (Aishah lilias) dan anaknya, Puteri. Adik Aril, Farah (Ruhainies) turut dengan tidak sengaja terbabit dengan gangguan entiti jahat apabila dia datang melawat anak buah kesayangannya, Puteri.

Farah meminta pertolongan daripada Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim) kerana dia mengesyaki sesuatu yang pelik sedang berlaku di dalam keluarga abangnya. Dengan tidak sangka, Farah turut dirasuk oleh entiti jahat apabila Ustaz Akasyah cuba untuk menolongnya!  

Dari manakah datangnya entiti jahat ini? Siapakah yang menghantarnya? Mengapakah Aril dan keluarganya, termasuk adiknya Farah diganggu?  Sedikit demi sedikt, misteri gangguan itu dirungkaikan dengan penuh kejutan dan kejadian ngeri!