Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari

Jerangkung Dalam Almari

Filem Jerangkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos depan. Filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi.

Jerangkung Dalam Almari

Genre: Seram Thriller
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Skrip: Shadan Hashim
Pengarah: Shadan Hashim
Penerbit: Raja Azmi
Terbitan: Akid Productions Sdn Bhd
Dengan kerjasama: NorthStar Prodigy Pictures Sdn Bhd
Lagu Tema / OST: Wings - Jerangkung Dalam Almari

Barisan Pelakon
Dato' Adi Putra sebagai Fikry
Sophia Albarakbah sebagai Shikin
Hasnul Rahmat sebagai Ali
Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan
Anne Abdullah sebagai Kak Itah
Isaac Iman sebagai Adam
Zaidi Omar sebagai Wak Ipin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah
Amerul Effendi sebagai Ramdan

Sinopsis Jerangkung Dalam Almari

Kehidupan Fikri (Dato’ Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). 

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.