Drama Selamanya Suri Cinta (TV9)

Selamanya Suri Cinta

Nantikan drama bersiri 'Selamanya Suri Cinta' terbitan Suhan Movies & Trading, dibintangi oleh Siti Nordiana, Sham Visa, dan Farahdhiya akan menemui penonton di TV9 mulai 15 Julai, setiap Khamis dan Jumaat pukul 9:30 malam.

Selamanya Suri Cinta

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 15 Julai 2022
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 9:30 malam
Rangkaian: TV9 (Astro 149, myFreeview 109, Tonton)
Penulis Skrip: Ramlah Rashid, Azilah Wahab, Eita Cardoba, Haslizawati Hassan
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Suhan Movies & Trading
Pelakon: Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin, Jesse Lim

Watak Pelakon
Siti Nordiana sebagai Wanda Nurhayati
Sham Visa sebagai Fairuz
Farahdhiya sebagai Maisarah
Fahrin Ahmad sebagai Amirul
Raja Azmi sebagai Hajah Noriah
Adriana Alyssa sebagai Shazwani
Ziqri Mikhail sebagai Shazli
Aryan Adzrin sebagai Shazril

Sinopsis Selamanya Suri Cinta

Mengisahkan Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik. Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Selamanya Suri Cinta