Drama Rampas Cintaku

Rampas Cintaku

Rampas Cintaku merupakan sebuah drama bersiri 15 episod yang bakal disiarkan di platform penstriman iQIYI bermula 23 September ini, episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9 malam.

Rampas Cintaku

Episod: 15
Mula bersiaran: 23 September 2022
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: iQIYI Malaysia
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: MIG Productions
Pelakon: Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad

Watak Pelakon
Afieq Shazwan sebagai Rizal
Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
Zarul Husin sebagai Dato Jefri
Ady Mohammad sebagai Ashraf
Erynn Abdullah sebagai Ayuni

Sinopsis Rampas Cintaku

Kisah Riz, jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Rampas Cintaku