Sinopsis Filem Rajawali

Rajawali

Rajawali, sebuah filem karya arahan Allahyarham Mamat Khalid bersama S. Amin Shahab menggabungkan elemen kehidupan dalam arus teknologi dan ilmu kebatinan. Filem Rajawali bersiaran mulai 21 Mei 2022 di Astro First, saluran 408, Astro Go atau On Demand.

Rajawali

Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Rangkaian: Astro First 408, Astro Go, Astro On Demand
Penulis Skrip: Mamat Khalid
Pengarah: Mamat Khalid & S. Amin Shahab
Produksi: Muradijaya Sdn Bhd

Watak Pelakon
Faizal Hussein sebagai Abang Long
Dato M. Nasir sebagai Komang
Umarul Mahdzar sebagai Arwin
Wan Hanafi Wan Su sebagai Tok Wan
Siti Saleha sebagai Maya
Razali Hussain sebagai Harun
Bil Azali sebagai Shahrul
Yaya Maembong sebagai Meena

Tajuk Lagu: Pertama - Extrimis 
Lagu: Iskandar, Ayep
Lirik : Ayep

Sinopsis Rajawali

Sekumpulan penggodam yang diketuai Maya, Harun dan Shahrul berjaya memecah sistem institusi kewangan dan menipu berjuta-juta ringgit dari akaun tidak aktif. Komang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan merekrut dan mengugut mereka agar melengkapkan misteri program komputer yang dipegangnya sekian lama. Diselamatkan Abang Long yang memiliki pengetahuan luas mengenai Silat, mereka merungkai misteri itu.

Seorang programmer yang bernama Arwin (Umarul Mahdzar Embong) telah mencipta ritual pemujaan ilmu hitam melalui sistem pengaturcaraan digital untuk membolehkan dia meningkatkan keampuhan seni mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang dipelajarinya. Sahabat seperguruannya iaitu Komang (M.Nasir) diamanahkan oleh guru mereka Tok Wan (Wan Hanafi Wan Su) untuk menyelamatkan Arwin. Pertarungan yang berlaku diantara Komang dan Arwin memaksa Abang Long (Faizal Hussein) memikul beban dan tanggungjawab yang diserahkan oleh Tok Wan untuk menghapuskan penaklukan ilmu hitam itu. Apakah hubungan diantara Abang Long dan Komang sehingga Abang Long sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Komang?