Drama Cinta Hilang Kata

Cinta Hilang Kata

Drama adaptasi novel 'Cinta Hilang Kata' karya Lily Haslina Nasira bakal menggantikan siri drama Dendam Seorang Isteri. Drama 40 episod arahan Kyoll Hamzah dibintangi oleh Sophie Al-Barakbah, Shah Jaszle, Nelissa Nizam, Iqram Dinzly dan Hariz Hamdan. 

Drama 'Cinta Hilang Kata' akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 18 Julai 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105). Drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Cinta Hilang Kata

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima, Astro Go
Penulis Novel: Lily Haslina Nasir
Penulis Skrip: PGRs Team, Ab Zartih, Chinta Nadessha, Azuwan Ahmad
Pengarah: Kyoll Hamzah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon: Sophia AlBarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Anne Abdullah, Lizza Abdullah, Ainina Ahmad, Abd Manan Sulaiman, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Amanda Misbun, Talha Harith, Aqil Taqee, Faa Zaini, Nadia Kesuma, Syazwan Zulkifly, Zalfa Zin, Azhar Sulaiman

Watak Pelakon 
Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
Iqram Dinzly sebagai Amirul
Nelissa Nizam sebagai Sabirah
Hariz Hamdan sebagai Zaili
Anne Abdullah sebagai Mahyun
Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
Amelia Christie sebagai Ezra
Aqil Taqee sebagai Deens
Faa Zaini sebagai Wanie

Lagu Tema (OST)
Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim

Sinopsis Cinta Hilang Kata

Mengisahkan kehidupan  Nurul Masmin (Sophie Albarakbah) merupakan seorang penulis novel yang berjaya dari bangku universiti lagi, ini mengundan iri hati dari rakan seperjuangannya Sabirah (Nellisa Nizam) dan kembarnya Zaili (Hariz Hamdan). 

Namun kehidupannya bakal diduga sebaik ibunya meminta Nurul berkahwin dengan Amirul (Iqram Dinzly) yang juga anak kepada orang gaji mereka Jah Gayah (Liza Abdullah).

Nurul Masmin terpaksa meninggalkan kekasih hatinya Rain Akhtar (Shah Jaszle) demi ibunya.

Sedikit demi sedikit harta Nurul Masmin dikikis Amirul, tak cukup dengan itu, pesaingnya - Sabirah - sanggup menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan perkahwinan dan kerjaya Nurul.

Cinta Hilang Kata

Cinta Hilang Kata