Ayer Mata Doha (TV2)

Ayer Mata Doha

Saksikan telefilem Ayer Mata Doha lakonan Syazwan Zulkifly dan Mia Ahmad pada Isnin ini pukul 9 malam di TV2.

Ayer Mata Doha

Waktu Siaran: Isnin, 16 Mei 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 slot Drama On 2
Pengarah: -
Produksi: -
Pelakon: Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Anis Al-Idrus, Dato' Jalalludin Hassan, Aleza Shadan, Marissa Yasmin, Manan Holio

Sinopsis Ayer Mata Doha

Setelah mendapat tahu yang dia mengidap tumor, Alif Zul membawa diri ke Doha. Pemergiannya dirahsiakan dari pengetahuan ibubapa dan juga tunangnya, Fasha. Semasa tinggal di Doha, sakit Alif Zul kembali menyerang. Dia bertemu dengan En. Hanafi dan anak perempuannya Rhubi Athirah yang telah bermaustautin di Doha lebih dari 15 tahun.

Sepeninggalan Alif Zul, Amri, rakan serumahnya sering bertemu dengan Fasha. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula menyimpan perasaan dalam diam. Selang beberapa lama, kesihatan Alif Zul semakin membimbangkan dan dia terpaksa dihantar pulang ke Malaysia.

Kepulangan Alif Zul membuatkan Fasha dan Amri rasa serba salah. Adakah Fasha dan Amri berterus terang tentang perasaan hati mereka kepada Alif Zul? Adakah Alif Zul dapat menerima takdir yang telah ditentukan buatnya?