Drama Skuad JPJ (TV1)

Skuad JPJ

Drama bersiri 13 episod iaitu 'Skuad JPJ' akan ditayangkan bermula 4 April 2022 pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV1. 

Skuad JPJ

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 April 2022
Waktu Siaran: Isnin-Rabu, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 (RTM)
Skrip: MF Kencana
Pengarah: Mohd Fazli Yahya
Penerbit: KalamAriff Holdings Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ( JPJ)

Watak Pelakon
Rashdan Baba sebagai Tuan Shah
Saharul Ridzwan sebagai Faiz Hanafi
Sefik Khair sebagai Jason Lee
Kodi Rasheed sebagai Zamani Ru
Fify Azmi sebagai Shilawati Adnan
Fiza Thomas sebagai Jessy Anak Dugah

Sinopsis Skuad JPJ

Kisah benar mengenai kejayaan operasi selain cabaran dan kesulitan dihadapi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihak atasan JPJ telah mengarahkan Tuan Shah untuk menubuhkan sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Skuad JPJ. Tujuan skuad ini yang berpengkalan di Putrajaya ditubuhkan adalah untuk melaksanakan misi tertentu melibatkan kesalahan serta jenayah jalan raya. 

Tuan Shah selaku Ketua Seksyen Risik & Operasi melantik lima orang anggota yang berkemahiran dalam bidang tertentu bagi membentuk Skuad JPJ. Mereka terdiri daripada Faiz, Zamani, Jason, Shila dan Jessi.