Jangan Malu Menangis (TV9)

Jangan Malu Menangis

Telefilem istimewa sempena hari raya Aidilfitri ini, Jangan Malu Menangis arahan Amie Maziah pada malam raya pukul 9:30 malam di TV9.

Jangan Malu Menangis

Waktu Siaran: Isnin, 2 Mei 2022, 9:30 malam
Rangkaian: TV9
Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Amie Maziah
Produksi: Suhan Movies & Trading
Pelakon: Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Wati, Aprena Manrose, Harissa Adlynn, Esma Daniel, Halim Radzi, Ikhwan Khairudin

Sinopsis Jangan Malu Menangis

Mengisahkan Ramlee, bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati. 

Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia. 

Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.