Drama Kuasa (Astro Citra)

Kuasa

Astro Originals mempersembahkan drama siri premium terbaru, KUASA dengan mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Production. Siri genre drama, jenayah dan romantik ini telah diarahkan oleh Kroll Azry, idea asal daripada Shamin Yusoz serta membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, dan Alicia Amin. 

KUASA bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.

Kuasa

Durasi: 45 Minit x 8 Episod
Tarikh Tayangan: 11 April 2022
Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra
Cerita Asal: Shamin Yusof
Skrip: Shamaine Othman & Leysha Al-Yahya
Pengarah: Kroll Azry (Mohd Khairul Azri)
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Skop Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ridzuan Hashim sebagai Tan Sri Dhameer
Ning Baizura sebagai Puan Sri Lily 
Nazim Othman sebagai Darius
Nadia Brian sebagai Delilah
Izzy Reef sebagai Dharma
Dazrin Kamarudin sebagai Arman
Alicia Amin sebagai Emma 
Nia Atasha sebagai Natalie
Azri Iskandar sebagai Tan Sri Aziz 
Syanie Hisham sebagai Kak Bah 
Farid Amirul sebagai Doctor Jason

Lagu Tema (OST)
Lagu : Kuasa
Artis : Joe Flizzow feat Azlan & The Typewriter 
Komposer : Alif / Taja Archive Sdn Bhd 
Lirik : Joe Flizzow

Sinopsis Kuasa

Mengisahkan tentang seorang yang amat dikenali didalam industri hiburan, Tan Sri Dhameer. Selama 35 tahun didalam industri, beliau telah membina sebuah empayar terbesar yang meliputi daripada menghasilkan filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan. 

Menceritakan tentang kisah keluarganya dan tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharma, yang merebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya. Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang?