Filem Operasi UFO

Operasi UFO

Filem komedi sci-fi, Operasi UFO akan mula tayangannya di Astro First saluran 480 dan Astro On Demand mulai 5 Februari 2022.

Operasi UFO

Tarikh Tayangan: 5 Februari 2022
Rangkaian: Astro First 480
Idea & Skrip: Kent Tan
Pengarah: Khairul Anuar Mat Nor (Abang Warna)
Produksi: MBC Pictures
Pelakon: Wan Hanafi Wan Su, Fauziah Nawi, Sathia, Louisa Chong, Sharif Zero, Jasmin Hamid, Munir Zainal, Rudy Mulyady, Fahrin Ahmad, Vicha, Redza Rosli, Rozita Che Wan, Hairi Anak Awang, Wan Shade, Adeline Tsen

Sinopsis Operasi UFO

Mengisahkan tentang sekumpulan kawan baik di rumah orang-orang tua yang percaya ada UFO misteri menjanjikan kehidupan kekal abadi.

Alien dari Planet 9 menjanjikan penduduk bumi kehidupan kekal abadi dengan membawa mereka ke planet baru. Selepas mendengar berita tersebut, Prof Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ merancang untuk melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan kapal angkasa UFO. Mereka melarikan diri dari Rumah Orang Tua selepas didera dan diseksa oleh penjaga mereka Cik Mawar. Apabila tiba di destinasi, mereka gagal menemui kapal UFO tersebut. Akhirnya Prof Din mendedahkan cerita sebenar.