Nantikan drama adaptasi novel Honey-Moon karya Nurharyati Ishak akan menemui penonton di slot Lestary TV3 mulai 16 Julai ini setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam. Drama 20 episod terbitan Mache All Star United arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zara Zya dan Ben Amir.
Honey-Moon
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2022
Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Novel: Nurharyati Ishak
Penulis Skrip: Sha Farhana Fauri
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlina Ahmad Daud, Rashdan Baba, Ema Latah, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli
Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Moon
Ben Amir sebagai Ilham
Wanns Ahmad sebagai Jiman
Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
Fiza Thomas sebagai Heffa
Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy
Sinopsis HoneyMoon
Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap.
Seorang, pendiam dan misteri.
Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan.
Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…
Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…
Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.
“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM
Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.
“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON
Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.
Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.
Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.