Penunggang Agama 2

Penunggang Agama 2

Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi bergabung menghasilkan filem terbaru dari kesinambungan filem Penunggang Agama yang telah mendapat sambutan memberangsangkan mencecah RM3 juta. Filem seram thriller, Penunggang Agama 2 bakal menemui penonton bermula 19 Oktober ini, di Astro First, saluran 480.

Filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna. Selain itu, watak baru diperkenalkan seperti Father Michael yang digerakkan oleh Tony Eusoff sebagai seorang paderi. 

JUDUL : PENUNGGANG AGAMA 2
TARIKH TAYANGAN : 19 Oktober 2021
RANGKAIAN : Astro First  480
PENGARAH : Syafiq Yusof
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam 
PRODUKSI : Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Amir 
Tony Eusoff sebagai Father Micheal 
Azira Shafinaz sebagai Ana 
Johan As’ari sebagai Hafiz 
Puteri Nurqaseh sebagai Sarah 
Salina Saibi sebagai Huda 
Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas 
Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas 
Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar 
Sharifah Aisyarha sebagai Anim

SINOPSIS PENUNGGANG AGAMA 2
Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.