4 Drama Korea di Astro Oktober ini

October 08, 2021

Pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana K-drama terhebat termasuk aksi, misteri seram, romantik dan drama keluarga pada Oktober ini, di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), KBS World (Saluran 392 HD). Peminat K-drama juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO. 

Jirisan

Jirisan
- 24 Oktober, Ahad & Isnin, 9.15 malam
- tvN (Saluran 395 HD) 
- Strim di On Demand & Astro GO bermula 31 Okt 2021
- Drama misteri seram dan aksi, dibintangi Jun Ji Hyun, Joo Ji Hoon dan Sung Dong II
- Sinopsis: Drama misteri tentang sekumpulan petugas hutan yang mendaki Gunung Jiri, gunung tertinggi di Korea Selatan

Mobius: The Veil
- 30 Oktober, Sabtu & Ahad, 7.50 malam
- Oh!K (Saluran 394 HD)
- Prekuel dari siri asal The Veil, ‘Mobius: The Veil’, menampilkan Park Ha Sun, Jung Moon Sung
- Sinopsis: Sambungan dari siri asal, menceritakan permulaan ejen NIS dan kisah-kisah mereka. Kehidupan dan hubungan mereka yang rumit ditampilkan dalam episod istimewa ini.

Dali and Cocky Prince

Dali and Cocky Prince
- 14 Oktober, Khamis & Jumaat, 9.05 malam
- KBS World (Saluran 392 HD)
- Strim di On Demand & Astro GO bermula 15 Okt 2021
- Drama romantik dan komedi Korea, membariskan Kim Min-Jae, Park Gyu-Young dan Kwon Yoo
- Sinopsis: Mengisahkan tentang percintaan antara seorang lelaki yang kurang berpelajaran tetapi pandai mencari nafkah dan seorang wanita yang bijak, juga berasal dari latar belakang elit tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga dirinya sendiri. 

The All-Round Wife

The All-Round Wife
- 11 Oktober, Isnin - Jumaat, 7.50 malam
- KBS World (Saluran 392 HD)
- Drama keluarga dan romantik Korea, menampilkan Han Da-Gam, Han Sang-Jin, Shin Seung-Hwan
- Sinopsis: Sebuah drama di sekitar daerah Gangnam, menceritakan tentang Seo Cho-hee, seorang wanita berjuang untuk meningkatkan kualiti hidupnya dengan memiliki sebuah rumah. Drama ini menceritakan kisah keluarga yang realistik di mana kebahagiaan bukanlah terletak pada rumah tersebut, tetapi mengenai ahli keluarga yang mendiami rumah tersebut.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow