Siri Animasi Mechamato

Mechamato

Siri animasi Mechamato keluaran Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) dijadualkan untuk disiarkan secara rasmi pada 4 Disember ini di platform WarnerMedia’s Cartoon Network bagi Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia serta New Zealand, dan disusuli dengan siaran rasmi di Korea Selatan pada 11 Disember dan Jepun pada Mac 2022. Episod ‘sneak peek’ siri Mechamato pula akan disiarkan khas di Cartoon Network pada 6 November ini.

Lagu tema utama untuk 'Mechamato The Animated Series' dinyanyikan oleh Shah dari band indie Modescape dari Malaysia, manakala versi bahasa Inggeris dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan dirakam di Amerika Syarikat.

Mechamato berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah robot yang kebolehan untuk ‘Mechanize’ objek biasa menjadi peralatan canggih. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi wira berperisai, Mechamato!

TAJUK : MECHAMATO
TARIKH TAYANGAN : 4 Disember 2021 
RANGKAIAN : Cartoon Network (Astro 615)
PRODUKSI : Animonsta Studios Sdn Bhd
LAGU TEMA: Armored Hero Mechamato