4 Drama Korea terbaharu di Astro September ini

Pada September ini, peminat K-drama boleh menikmati tayangan perdana siri-siri terbaharu drama Korea yang ditayangkan pada hari sama dengan Korea di Astro menerusi Oh!K (saluran 394 HD), tvN (saluran 395 HD), ONE (saluran 393 HD), dan K-Plus (Astro GO saluran 396 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan selepas tayangan di TV menerusi On Demand dan Astro GO.

High Class

High Class
Bermula 7 September, Selasa & Rabu, 9.15 malam 
K-Plus (Astro GO saluran 395 HD)
Drama misteri dan aksi jenayah, dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo, Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo

Sinopsis High Class:
Sempurnakah kehidupan 0.1 peratus wanita dari golongan teratas di mata masyarakat? Drama ini mengisahkan fitnah dan kepuraan yang tersembunyi di sebalik kehidupan tersebut. Ia menjadi tegang dan misteri kepada golongan yang mengalaminya. 

Song Yeo-ool dibelengu dengan pembunuhan suaminya dan dia kehilangan segalanya. Nam Ji-seon terkenal di kalangan ibu-ibu di sekolah antarabangsa, tempat di mana anak-anak golongan elit bersekolah. Danny, bekas pemain hoki ais adalah seorang guru di sekolah itu. Hwang Na-yoon pula seorang ibu tunggal dan merupakan satu-satunya wanita yang mesra dengan Song Yeo-ool. Cha Do-yeong, seorang pelakon yang kurang mendapat perhatian, mengikuti Nam Ji-seon kerana ingin mendapati perhatian ramai.

The Veil

The Veil
Bermula 18 September, Sabtu & Ahad, 7.50 malam
Oh!K (saluran 394 HD)
Drama Korea penuh aksi, menampilkan Nam Goong Min, Park Han Sun, Kim Ji Eun dan Kim Byeong Ki

Sinopsis The Veil:
Mengisahkan tentang ejen NIS teratas yang menghadapi masalah besar dalam organisasi ketika dia mengejar pengkhianat yang telah merosakkan reputasinya. Ini merupakan satu proses untuk catatan rekod sebagai agen yang telah membuat dirinya untuk melupakan kenangan lalu dan menjalani kegelapan dalam dirinya.

One The Woman


One The Woman
Bermula 18 September, Sabtu & Ahad, 9.45 malam
ONE (Saluran 393 HD), On Demand & Astro GO
Drama romantik dan komedi, dibintangi Lee Hanee, Lee Sang Yoon, Lee Won Keun

Sinopsis One The Woman:
Kisah seorang pendakwa yang terlibat dengan rasuah, Jo Yeon Joo, kehilangan daya ingatannya dalam kemalangan kereta dan terbangun dari koma dengan identiti baru bernama Kang Mi Na, setelah ramai yang keliru kerana persamaan mereka. Dia memulakan kehidupan barunya sebagai menantu kepada keluarga Chaebol dari perkahwinan yang diatur dan dia diharapkan menjadi suri rumah yang konservatif. Sementara itu, suaminya Han Seung Wook, bertemu dengan cinta pertamanya, dan dia masih mempunyai perasaan pada wanita itu.

Hometown

Hometown
Bermula 23 September, Khamis & Jumaat, 9.15 malam
tvN (saluran 395 HD), On Demand & Astro GO
Drama seram dan misteri pembunuhan bersiri, membariskan Yoo Jae-myung, Han Ye-ri, Uhm Tae-goo 

Sinopsis Hometown:
Sebuah kisah misteri seram di tahun 1999, di mana seorang detektif dan seorang wanita mencari anak saudaranya yang diculik, dan berganding bahu untuk mencari pengganas yang dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.