Drama Dia Isteriku

Dia Isteriku

Saksikan drama bersiri 'Dia Isteriku' dilakonkan Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana dan Datuk Fizz Fairuz mulai 14 September ini, pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 6.00 petang di slot Qalbu TV Alhijrah.

JUDUL : DIA ISTERIKU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 14 September 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 6:00 petang
SIARAN TV : TV Alhijrah
IDEA ASAL : Zarihah Hassan 
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Shalma Eliana, Fizz Fairuz, Aiman Badrul, Izzy Reef, Cahaya Nilam, Hanna Aqeela, Badrul Muhayat, Sharifah Anthasha, Ziema Din, Charlie Numan Salleh

WATAK PELAKON
Rozita Che Wan sebagai Aisyah
Hafidz Roshdi sebagai Helmi
Shalma Eliana sebagai Elisya
Fizz Fairuz sebagai Bahar
Aiman Badrul sebagai Ikhwan
Cahaya Nilam sebagai Intan
Badrul Muhayat sebagai Azlan
Sharifah Anthasha sebagai Tina
Ziema Din sebagai Kak Zah
Charlie Numan Salleh sebagai Atok Wan Haji Ali

SINOPSIS DIA ISTERIKU
Mengisahkan sebuah perkahwinan bahagia Helmi dan Aisyah diuji akibat fitnah yang disebarkan oleh ahli keluarga sendiri. Perkahwinan dengan Helmi satu anugerah tidak ternilai buat Aisyah kerana dia telah melalui kehidupan yang perit bersama bekas suaminya Bahar selama enam tahun bersama.

Bagaimanapun, kebahagiaan itu goyah apabila Elisya iaitu anak Aisyah ketika berkahwin dengan Bahar datang tinggal bersama Helmi dan Aisyah. Elisya yang selama ini tinggal dengan bapanya, Bahar mengalami kejutan budaya apabila tinggal bersama Helmi dan Aisyah.

Sewaktu tinggal dengan bapanya hidupnya agak bebas dan dia tidak ditekankan mengenai hukum hakam agama. Suasana amat berbeza apabila dia datang tinggal dengan Aisyah sekeluarga yang menekankan kehidupan Islamik dan penuh kasih sayang. 

Aisyah dan Helmi berusaha membantu Elisya mengubah dan mengikut corak hidup sebagai muslimah sejati. Keikhlasan, kejujuran dan layanan mesra Helmi terhadap Aisyah dan dirinya, menyebabkan Elisya terpikat dengan bapa tirinya itu.


Dia IsterikuDrama Dia IsterikuDia Isteriku