Filem Dendam Kesuma

September 19, 2021

Dendam Kesuma

Filem Dendam Kesuma bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Nov 2021. Filem bergenre suspend thriller ini diarahkan oleh Jefri Jefrizal terbitan produksi Richplus Media Sdn Bhd.

JUDUL : DENDAM KESUMA
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2021
PENGARAH : Jefri Jefrizal
PRODUKSI : Richplus Media Sdn Bhd
PELAKON : Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen

SINOPSIS DENDAM KESUMA
Mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

LAGU TEMA (OST)
Tentang Dia - Usop One Band

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Follow