Begitu Janji Tertulis (TV2)

Begitu Janji Tertulis

Saksikan telefilem istimewa Aidiladha, Begitu Janji Tertulis arahan Sabri Yunus pada 21 Julai ini, Rabu jma 9 malam di TV2.

JUDUL : BEGITU JANJI TERTULIS
WAKTU SIARAN : Rabu, 21 Julai 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
SKRIP : Sabri Yunus
PENGARAH : Sabri Yunus
PRODUKSI : Layar Consult Sdn bhd
PELAKON : Khatijah Tan, Putri Hanan Shahidan, Zamarul Hisham, Bohari Ibrahim, Mohd Said Sabri, Rashid Jaafar

SINOPSIS BEGITU JANJI TERTULIS
Kisah seorang ibu tunggal, Mak Jah yang mendapat tawaran mengerjakan haji bersama suaminya dari Lembaga Tabung Haji. Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia namun arwah sempat mewasiatkan agar salah seorang anak mereka menemani Mak Jah ke Tanah Suci. Sahak sudah 3 tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisihan dengan Mak Jah. Ayub menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia. Mak Jah sedih dan kecewa.