Filem Chomel (Astro First)

Chomel

Filem Chomel hasil terbitan Astro Shaw akan datang 24 Jun di Astro First saluran 480. Anda juga boleh strim Chomel di Astro Go atau On Demand mulai 24 Jun ini.

JUDUL : CHOMEL
TARIKH TAYANGAN : 24 Jun 2021
PENULIS SKRIP : Natasha Azlan, Nadim Hisham, Zulaikha Zakaria, Amira Nasiruddin 
PENGARAH : Jason Chong
PRODUKSI : Double Vision Sdn Bhd
PELAKON : Airiezara Jasmin, Zahiril Adzim, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair, Azizah Mahzan, Douglas Lim, Adibah Noor, Aziz M. Osman, Nadia Aqilah, Indah Emeerlda, Gavip Yap, Zahier Yusoff, Arissa Kyra Khairuddin, Mannie Goh Man Qi, Farah Rani, Zainal Isa, Caldeeja Lee, Halim Radzi

WATAK PELAKON
Airiezara Jasmin sebagai Mimi
Yuyun Hikmah sebagai Nora
Zahiril Adzim sebagai Imran
Azizah Mahzan sebagai Nenek Rokiyah
Aniq Suhair sebagai Zain
Adibah Noor sebagai Judge Zulaikha
Aziz M. Osman sebagai Bidin 
Douglas Lim sebagai Johan 
Gavip Yap sebagai Mr Chen 
Zahier Yusoff sebagai Namron

SINOPSIS CHOMEL
Bagi Mimi, seorang kanak-kanak cerdik yang berumur 9 tahun, hidupnya bercelaru semenjak pemergian ibunya. Selepas gagal untuk berkawan dengan Diva Girlz, ditambah pula diketepikan oleh kakaknya Nora, Mimi sedih apabila dia melihat pertengkaran antara neneknya, Wan, dan ayahnya, Imran. Tanpa pengetahuan Mimi, Wan mencabar hak penjagaan Imran terhadap Mimi dan Nora. Dalam kesedihannya, Mimi berdoa untuk mendapatkan kawan untuk mengisi kekosongan hidupnya. Keesokan harinya, Mimi terjumpa seekor kucing terbiar yang bernama Chomel, dan membelanya dengan niat untuk berkawan dengan Diva Girlz. 

Imran, terdesak atas sebab ketidakstabilan pendapatannya, berusaha untuk menjual hasil kerja batiknya. Walau bagaimanapun, Chomel menghancurkan karya batiknya. Dengan penuh kemarahan, Imran menyuruh Nora untuk membuang Chomel. Tetapi Nora membela Chomel kerana Zain, seorang pelajar popular yang diminatinya, sayang akan kucing. Secara tidak sengaja - Nora, Mimi dan Diva Girlz mendapatkan jemputan untuk menghadiri parti Zain melalui Chomel. Sementara itu, karya Imran yang dianggap rosak dikagumi oleh seorang peniaga dalam bidang seni, Stefano. Stefano menjemput Imran untuk menghadiri majlis yang bakal memberi peluang yang besar untuk Imran berkenalan dengan exhibitor tersohor Mr Chen.

Pada malam parti Zain dan majilis Mr Chen, kesemua mereka hampir mencapai impian masing-masing: Nora dapat meluangkan masa dengan Zain, Imran dapat berkenalan dengan Mr Chen, Mimi dapat bersama dengan Diva Girlz. Malangnya, Diva Girlz melepaskan Chomel di parti Zain, lalu mencetuskan kekecohan. Chomel menghilangkan diri, dan dengan penuh panik Mimi merayau ke jalan raya untuk mencarinya. Nora pula terpaksa meninggalkan parti Zain, dan menemui Mimi di tepi jalan. Mimi dan Nora masing-masing melepaskan perasaan yang terpendam. Tiba-tiba, Nora tersedar yang mereka sesat, dan cuba untuk menghubungi Imran. Namun, Imran tidak menjawab panggilannya, dan tanpa pilihan lain, Nora terpaksa menghubungi Wan. Imran menyedari kelalaiannya, lalu bergegas ke rumah Wan di mana berlakunya konfrontasi antara Wan dan Imran. Wan menegaskan bahawa dialah penjaga yang berhak ke atas Mimi dan Nora, kerana Imran seorang bapa yang sangat lalai.

Di rumah Wan, Chomel memberi petunjuk ke Mimi untuk menjumpai gambar-gambar lama arwah ibunya. Ini menyebabkan Mimi mendapatkan idea untuk menyatukan keluarganya. Sewaktu pendengaran kes di mahkamah, sekali lagi Chomel mencetuskan huru-hara. Akhirnya, Wan membatalkan kesnya, dan keluarga Mimi bersatu semula.