Famili Duo (TV3)

Famili Duo

Program realiti nyanyian, Famili Duo menampilkan 40 selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. 

Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3. Dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri.

Setiap episod menampilkan lima pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas.

Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.

Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo.

Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.


Hubungan  Selebriti
1 adik-beradik  Amira Othman & Irfan Haris, Yamani Abdillah & Zaki Yamani, Naim Daniel & Emylia Izzati, Syafie Naswip & Sapawi, Tajul & Beby Acha
2 ibu/bapa dan anak Siti Saerah & Umairah, Ashira & Syed Aziz, Aisha Retno & Jen Retno. Sharifah Zarina & Athalia, Sharifah Shahira & Tallisya
3 suami isteri Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah, Salma Asis & Azri, Anas Ridzuan & Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana, Lan Solo & Sheila
4 ibu/bapa dengan anak Amyza Aznan & Adrian, Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi, Amelina & Puteri, Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli, Shajiry & Hafiz
5 sepupu Oja & Eka Caramelt, Aman Nassim & Zarina Zainoordin, Hefny Sahad & Qiqin Muse, Ara Johari & Syafiq Erwin, Fiza Thomas & Nasfikry
6 bapa saudara/ibu saudara dan anak saudara Ezad Lazim & Along Zaimi, Asmidar & Tiar Zainal, Zamani & Zynakal, Eranz & Rina Azhar, Ayu Damit & Shah 
7 adik-beradik Sharif Zero & Atu Zero, Ieda Moin & Eddy Moin, Shiha Zikir & Ieda Zikir, Sarah Fazny & Boy, Jiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8 suami isteri Aepul Roza & Leez Rosli, Haziq Hussni & Ayunda Putri, Ifa Raziah & Yani, Rosma & Khai, Tuju & Loca B