Drama Diva Popular

Diva Popular

Nantikan drama bersiri 'Diva Popular' menampilkan lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Ben Amir dan ramai lagi. Drama 21 episod arahan Rashid Sibir, terbitan Rumah Karya Citra. Saksikan Diva Popular, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro dan saluran 112, MyTV.

JUDUL : DIVA POPULAR
EPISOD : 21
TARIKH TAYANGAN : 17 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7;00 malam
SIARAN TV : Awesome TV
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Rumah Karya Citra
PELAKON : Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Kaka Azraff, Ben Amir, Ucop Dubsmash, Fazlina Ahmad Daud, Iqram Dinzly, Azwan Ali, Nasz Sally, Zee Zainal, Ashraf Jamaludin, Amir Nafis, Jabir Meftah, Ellie Suriaty, Zul Ariffin, Syafiq Kyle

WATAK PELAKON 
Tiz Zaqyah sebagai Ika Natelia
Nabila Huda sebagai Erma Erika
Fauziah Ahmad Daud sebagai Lola Kartika
Erma Fatima sebagai Datuk Rona
Kaka Azraff sebagai Wawa
Ben Amir sebagai Shazwan
Iqram Dinzly sebagai Shazzy
Syafiq Kyle sebagai Engku Emran

SINOPSIS DIVA POPULAR
Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan. Menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola Kartika dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.

Episod 1
Selesai menandatangani kontrak, Erma Erika dan Primadona Rona Alfonso mengambil gambar bersama Syazwan untuk dimuat naik di media sosial. Tetapi, Syazwan menjadi serba salah kerana dia belum memberitahu hal sebenar pada Ika Natalia yang berangan-angan untuk berganding dengannya dalam drama tersebut.

Episod 2
Ekoran laporan negatif media hiburan terhadap anaknya, Ika Natalia maka Primadona Lola Kartika telah menyerbu pejabat wartawan hiburan. Setelah dia berulang kali mengugut untuk membakar pejabat itu, Ketua Wartaman muncul mententeramkannya.

Episod 3
Ketua Wartawan, Odah menyuruh Didi menulis berita sensasi mengenai persaingan dua orang artis iaitu Ika Natalia dan Erma Erika. Odah pernah diberikan amaran oleh ibu Ika, Primadona Lola Kartika.


Diva Popular
Pelakon Diva PopularPelakon Diva Popular