Drama Rindu Yang Terindah (TV3)

Rindu Yang Terindah

Nantikan drama adaptasi novel 'Derita Terindah' karya Eshal Nuranis akan datang di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Redza Rosli dan Amelia Henderson. Drama terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Emi Sufian. Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : RINDU YANG TERINDAH
EPISOD : 20 episod
TAYANGAN : 16 Mac 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Emi Sufian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Amar Asyraf, Esma Daniel, Beego, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Doria Rachel, Zaefrul Nordin, Rahim Jailani, Zaryyn Min

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Hazil Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda
Nazrief Nazri sebagai Hazieq Wafiy
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Affie Rania sebagai Nadia Wani
Amar Asyraf sebagai Helmi
Anna Melissa sebagai Shiela
Beego sebagai Muhaimin
Maria Farida sebagai Raziah
Doria Rachel sebagai Mimi
Emelda Rosemila sebagai Khatijah
Esma Daniel sebagai Sofian
Rahim Jailani sebagai Arman
Shahz Jaszle sebagai Dr Kamal
Wanna Ali sebagai Amy
Wan Nor Azlin sebagai Asmah
Zaefrul Nordin sebagai Farouk
Zaryyn Min sebagai Nisa

LAGU TEMA
Cukup - Rizal Rasid

SINOPSIS RINDU YANG TERINDAH
Mengisahkan tentang perkahwinan yang berlangsung antara Hazil Wafiy dan Airis tanpa rasa kasih dan sayang. Hazil telah melayan isterinya Airis dengan perasaan benci sedangkan Airis berusaha mengambil hati suaminya.

Semuanya bermula setelah pemergian tragis Hazieq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka. Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil.

Setelah berkahwin, Airis diseksa setiap hari walaupun ada kasih yang berputik antara mereka. Kemudian, barulah Airis mendapat tahu yang Hazill berdendam dengannya kerana Hazill tidak sempat menerima sumbangan buah pinggang dari Hazieq untuk dirinya yang menghidap penyakit buah pinggang tahap kelima.

GAMBAR PELAKON
Drama Rindu Yang Terindah

Pelakon Rindu Yang Terindah

Rindu Yang Terindah