Sinopsis filem Wira (2019)

Wira

Selepas mencipta kejayaan menerusi filem 'Paskal The Movie', pengarah  Adrian Teh kembali dengan filem aksi yang diberi judul 'Wira'. Menampilkan Hairul Azreen sebagai pelakon utama. Turut dibintangi pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam filem 'The Raid' dan 'John Wick 3'. Filem Wira bakal ditayangkan pada 21 November 2019.

TAJUK : WIRA
Tarikh Tayangan : 21 November 2019
Pengarah : Adrian Teh
Terbitan : Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw
Pelakon : Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii

SINOPSIS WIRA
Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). 

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).