Sitkom Pop Yeah Yeah (TV3)

Pop Yeah Yeah

Sitkom muzikal 'Pop Yeah Yeah' bakal mengimbau kembali kemeriahan dunia hiburan tahun 60an. Menampilkan selebriti terkenal tanah air antaranya Datuk Ac Mizal, Emelda Rosemila, Izzue Islam, Shuk Sahar, Armada Ammar, Oktovia Manrose dan Sobri Anuar. Sitkom Pop Yeah Yeah akan disiarkan sebanyak 20 episod mulai 3 Ogos, setiap Sabtu jam 9.00 malam ini di TV3.

Kisah bermula dengan Jefri Dom lakonan AC yang menjadi pesaing terdekat kepada penyanyi pada era 1960-an. Perubahan masa dan selera ramai bagaimanapun, membuatkan populariti lelaki itu semakin malap hingga memaksanya mengusahakan kafe demi kelangsungan hidup.

Di kafe yang serba ceria itu, Jefri Dom seakan-akan mendapat semangat baharu, apatah lagi dia dikelilingi pekerjanya yang mempunyai pelbagai gelagat. Obsesinya terhadap muzik 60an tidak pernah pudar, dan telah menghidupkan alam nostalgia Pop Yeah Yeah menerusi kafenya itu bersama pekerjanya Amira, Ali, Leman dan Nasir.