Syiling Opah (TV1)

Syiling Opah

Saksikan telefilem Syiling Opah lakonan Wan Maimunah, Azar Azmi, Zamarul Hisham dan Aleza Shadan apda 18 Mei ini, pukul 9.00 di RTM saluran TV1.

JUDUL : SYILING OPAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Mei 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Fahizal Abdullah
PRODUKSI : Allen Tinggie Trading Sdn Bhd
PELAKON : Wan Maimunah, Azar Azmi, Zamarul Hisham, Aleza Shadan, Izzat Mushtaq, Amelia Mu'mans, Sarah Ibrahim, Muhd Farhan Mohamad, Shajiry Damer

SINOPSIS SYILING OPAH
Kisah seorang nenek yang kehilangan anak tunggal dan menantunya dalam kemalangan jalan raya dan terpaksa memikul tanggungjawab menjaga cucunya yang terselamat.

Opah Som (Kalsom) tinggal berseorangan di kampung, hidup dalam kesusahan dan sentiasa berjimat cermat mengumpulkan duit syiling sebagai simpanan. Pada masa sama beliau amat merindui kehadiran anaknya, Suhaila bersama suaminya, Hairi. Mereka tidak pernah lagi pulang ke kampung menjenguk Opah Som selepas berkahwin. 

Suhaila dan Hairi dipaksa nikah pada usia muda dan sejak daripada itu, Kalsom hidup sendirian di kampung. Apabila Hairi dibuang kerja, dia membawa isterinya Suhaila dan anaknya, Diana pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru.

Namun, pertengkaran antara Suhaila dan maknya, Kalsom telah merubah segalanya. Kalsom terpaksa menjaga cucunya dan Diana pula terpaksa hidup dalam kesusahan. Dek kerana tidak pernah merasa hidup susah, pelbagai cabaran yang perlu diharungi Kalsom dalam memenuhi permintaan cucu yang sering merungut dengan kesempitan hidup tinggal bersamanya.