,

Drama Syahadat Cinta (TV2)

January 31, 2019

Syahadat Cinta

JUDUL : SYAHADAT CINTA
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 1:00 tengah hari
SIARAN TV : Slot Galeri Famili, TV2 (RTM)
PENGARAH : Nurhalim
PRODUKSI : MDAG Marketing Sdn Bhd
PELAKON : Sherie Merlis, Ezzaty Abdullah, Alif Hadi, Nurul Ain Tay, Taufik Hanafi, Roy Azman, Watie Sadali, Zila Bakarin, Hafizuddin Fadzil, Natasha Charmaine, Fezrul Khan, Syafie Naswip, Adam Shahz, Lisdawati, Khaty Azian, Shera Aiyob

WATAK PELAKON 
Sherie Merlis sebagai Sakinah
Ezzaty Abdullah sebagai Sarah
Alif Hadi sebagai Aidil
Taufiq Hanafi sebagai Helmi
Syafie Naswip sebagai Mohsin 
Natasha Charmaine sebagai Dayang Sari
Watie Sadali sebagai Norsiah
Zila Bakarin sebagai Haton
Hafizuddin Fadzil sebagai Hasnol
Nasir Bilal Khan sebagai Ngah Diman
Adam Shahz sebagai Buyong

SINOPSIS SYAHADAT CINTA
Bergelar bekas banduan membuatkan Sakinah terpalit dengan gelaran itu seumur hidup. Bukan sedikit ujian yang perlu ditempuhi wanita gigih yang cekal meneruskan kelangsungan hidup demi membesarkan tiga orang anaknya. Dia nekad mahu mengubah jalan hidupnya menjadi usahawan berjaya dan dibanggakan semua.

Ianya bermula apabila Sakinah tertekan dengan sikap suaminya, Safi yang ingin berkahwin dengan wanita lain iaitu Norsiah. Tekanan itu menyebabkan dia gagal berfikir dengan waras dan memandu laju yang kemudiannya menyebabkan dia terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa. Dia terpaksa menerima hukuman penjara tiga tahun. Tiga anaknya, Sarah, Yom dan Emran dijaga oleh Safi dan Norsiah. Malangnya mereka didera oleh Norsiah dan Sakinah pula diceraikan oleh Safi.

Sarah anaknya yang sudah remaja mula memberontak. Dia bercinta dengan rakan sekolahnya, Aidil. Begitu pun hubungan mereka tidak direstui oleh, Haton ibu Aidil yang menyindir Sarah anak banduan. Aidil kemudiannya mengajak Sarah kahwin lari setelah keluarganya tidak setuju mereka berkahwin. 

Setelah dibebaskan Sakinah berusaha mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya. Namun malangnya dia dihantui Akmal, yang telah kehilangan orang tersayang akibat dilanggar Sakinah. Dia mengugut Sakinah membayar wang pampasan kepadanya dan memberi tempoh kepada Sakinah mencari duit.

Keluarga Aidil menghantarnya bersekolah di Sarawak untuk memisahkannya dengan Sarah. Sakinah memujuk Sarah menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Aidil pula di sana berkawan dengan sepupunya, Dayang namun masih teringatkan Sarah.

Sakinah ditawarkan kerja namun terpaksa menolaknya kerana tidak mahu timbul salah faham isteri kepada Haji Yeop yang menawarkannya kerja. Apatahlagi dengan status ibu tunggalnya.

Pertemuan Sakinah dengan Kak Timah, rakan sewaktu di penjara dulu yang kini sudah menjadi pengusaha ladang berjaya. Dia terinspirasi dengan kejayaan Kak Timah. Hasrat Sakinah untuk membuka tanah hutan untuk dijadikan ladang ditentang abangnya, Nasir.

Begitu pun Sakinah nekad dan membawa anak-anaknya bersama. Walaupun pada mulanya anak-anaknya mengambil masa menyesuaikan diri namun akhirnya mereka redha.

Sakinah banyak mendapat bantuan daripada Kak Timah dan anaknya, Mohsin. Kehadiran guru sekolah Emran, Cikgu Helmi ke Kg. Syahadat juga banyak membantu keluarga itu.

Sakinah mula menanam di ladangnya. Mohsin mula menyukai Sarah dan membantu selok belok mengusahakan tanaman kepada Sakinah. 

Cikgu Helmi berterus-terang sukakan Sakinah tanpa mengetahui Sarah juga meminatinya. Aidil secara senyap menukarkan tempat pengajiannya ke universiti yang sama dengan Sarah untuk memujuk gadis itu. Malangnya Sarah menolak kerana hatinya berjaya dicuri Cikgu Helmi.

Abdullah, yang melakukan kegiatan haram di hutan cuba menakut-nakutkan Sakinah dan pekerja-pekerjanya. Begitu juga dengan Mohsin yang diugut untuk dicederakan oleh Abdullah.

Cikgu Helmi setuju meminang Sakinah. Sarah pula salah faham menyangkakan Cikgu Helmi memilihnya. Mohsin pula meminta ibunya menjodohkannya dengan Sarah. Kak Timah serba salah kerana sedar kekurang Mohsin yang tidak berpelajaran berbanding dengan Sarah.

Satu hari ketika berkelah, Emran telah dipatuk ular tedung dan meninggal dunia. Sakinah tertekan hingga hilang ingatan. Cikgu Helmi dan Sarah cuba mengubati Sakinah. Pelbagai usaha dilakukan mereka. Satu hari Sarah menjumpai bukti ibunya sedang bercinta dengan Cikgu Helmi.

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow