Lelaki Kelas Sebelah (TV3)

Lelaki Kelas Sebelah

Saksikan telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu 33 bertajuk Lelaki Kelas Sebelah, menampilkan gandingan Nabila Razali dan Ismail Izzani pada Sabtu, 19 Januari 2019, pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : LELAKI KELAS SEBELAH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Januari 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua Pramlee, Luqman Hafidz

LAGU TEMA
Si Cantik Aku - Nina Nadira
Pematah Hati - Nabila Razali
Cemburu - Nabila Razali
Luar Biasa - Ismail Izzani
Langit - Daiyan Trisha

SINOPSIS LELAKI KELAS SEBELAH
Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan. Nona meminati Anas, seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah dan Mira tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja. Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya. Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.