,

Telefilem Lalang (TV1)

September 07, 2018

Lalang tv1

RTM akan menyiarkan sebuah telefilem sempena Bulan Kemerdekaan bertajuk 'Lalang' yang dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, QI Razali, Ooi Teck Wooi, Hasnul Rahmant dan ramai lagi. Karya arahan Hisyamudin Ahmad dan skrip oleh Mazlan Mana. Akan menemui penonton pada Sabtu, 8 September pukul 9.00 malam di TV1.

JUDUL : LALANG
WAKTU SIARAN : Sabtu, 8 September 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Mazlan Abdul Manan
PENGARAH : Hisyamudin Ahmad
TERBITAN : Unit Drama RTM
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, Qi Razali, Ooi Teck Wooi, Muhammad Raif Ikhwan Rajali, Hasnul Rahmat, Ain Evon Tay, Tiffany Sia May Sim

SINOPSIS LALANG
Kisah yang berlatarkan sekitar tahun 1942 era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mengisahkan Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat) untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.

Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun. Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri) menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.

Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh (Hushairi Husain) yang menjadi tali barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.

Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.

Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang, dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?

Pelakon lalang

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow