Miss Sakura (TV2)

Miss Sakura

Saksikan telefilem Miss Sakura gandingan Ben Amir bersama pelakon Indonesia iaitu Disha Devina. Telefilem arahan Feroz Kader ini akan disiarkan di TV2 hari Jumaat, 3 Ogos ini, pukul 9:30 malam. 

JUDUL : MISS SAKURA
WAKTU SIARAN : Jumaat, 3 Ogos 2018, 9:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Feroz Abdul Kader
TERBITAN : UnoMedia Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Disha Devina, Meor Mohd, Nurliana Yahya, Kay Maria

SINOPSIS MISS SAKURA
Mengisahkan Hadi seorang jurugambar tanpa sengaja telah terambil gambar seorang gadis berkimono semasa bercuti di Jepun. Sekembali ke Malaysia, Hadi telah jatuh cinta dengan gadis tersebut walaupun tidak mengenalinya. Dia memanggil gadis itu sebagai Sakura. Nama sebenar Sakura ialah Nadira yang tinggal di Kuala Lumpur, namun dia dihantar bekerja di Jepun. 

Sementara itu emak Hadi sibuk mencarikan jadoh untuk Hadi. Atas desakan emaknya Hadi berkenalan dengan Nadia. Hadi ke Jepun lagi dan kali ini dia ternampak Sakura lalu mengekorinya sehingga ke tempat perkuburan.

Setelah pulang ke Malaysia Hadi bersetuju untuk mengahwini Nadia kerana menganggap Sakura adalah hantu. Namun dia sekali lagi terserempak dengan Nadira di pasar raya dan cuba mendekatinya.