Janji Allah (TV1)

Janji Allah

RTM akan menyiarkan telefilem istimewa Maal Hijrah bertajuk Janji Allah lakonan mantap Amerul Affendi, Nadiya Nissa, dan Wan Maimunah. Telefilem karya Mior Hashim Manap ini akan disiarkan Jumaat ini pukul 9 malam menerusi TV1.

JUDUL : JANJI ALLAH 
TARIKH / MASA : Jumaat, 22 September 2017, 9.00 malam 
SIARAN : TV1-RTM (Istimewa Maal Hijrah)
IDEA ASAL : Engku Seri Kelantan
PENGARAH : Mior Hashim Manap
TERBITAN : Alkahfi Pictures 
PELAKON : Amerul Affendi, Nadiya Nissa, Wan Maimunah, Aidil Alias, Siti Musliha, Suhaimi Zakaria, Rahman Bakri

SINOPSIS JANJI ALLAH 
Kisahnya bermula dengan Mak Munah tinggal bersama anak OKU, Udin merupakan ibu tiri kepada Wawa yang telah kematian ayahnya. Wawa belajar di luar negara dengan wang tanah ayahnya yang dipajak setelah beberapa kali mendesak ibu tirinya memujuk ayahnya untuk berbuat demikian.

Wawa pulang bekerja di Malaysia setelah tamat belajar namun enggan bertemu ibu tirinya dan Udin. Wawa memberi tempoh seminggu kepada ibu tirinya untuk mengosongkan rumah uzur tersebut kerana beliau telah menjual tanah tersebut.

Keadaan menjadi kecoh kerana apabila cukup tempoh, pihak pembeli datang untuk merobohkan rumah yang didiami Mak Munah dan Udin. Wawa bergegas datang dan meminta penjelasan pihak pembeli yang mana Wawa berjanji untuk menebus kembali tanah tersebut.

Mujur majikan Mak Munah dan Udin, iaitu En. Musa masuk campur dan berjanji untuk membayar semula kepada pihak pembeli bagi tujuan penebusan tanah tersebut. Wawa yang insaf segera memohon maaf kepada Mak Munah. Namun adakah dia berjaya menuntut kemaafan daripada ayahnya?