Peserta AF Megastar (2017)

AF Megastar

Program realiti AF Megastar bakal menghimpunkan semula bekas juara dan bintang Akademi Fantasia yang telah bersiaran selama 13 musim sebelum ini. 

Seramai lapan orang bekas juara ‘AF’ yang telah mengesahkan penglibatan mereka dalam edisi khas ini iaitu Zahid (AF2), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF2013), Firman (AF 2014), Sufi Rashid (AF2015) dan Amir (AF2016).

Manakala enam belas orang peserta ‘favourite’ yang berjaya disenarai pendek ialah Rosma (AF1), Bob (AF2), Adam (AF2), Anding (AF2), Marsha Milan (AF3), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Nubhan (AF6), Aril Pilus (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah Ruhaila (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).

Kesemua 24 bintang yang disenaraikan bakal berentap di pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas utama. Kuasa mutlak pemilihan adalah 100% diserahkan kepada barisan juri profesional yang akan memilih bintang yang benar-benar layak untuk memeriahkan edisi ini. 

Dua pusingan ‘Konsert AF Homecoming’ akan disiarkan jam 9.00 malam pada 3 dan 10 September 2017 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Diikuti dengan enam buah lagi konsert mingguan ‘AF Megastar’ bermula 17 September 2017 secara langsung di Royal Theater, Shah Alam. Datuk Aznil Haji Nawawi akan mengemudikan edisi khas ini sebagai pengacara.