Antara Rebab dan Tari Kazumi (TV2)

Antara Rebab dan Tari Kazumi

Jangan lupa saksikan telefilem 'Antara Rebab dan Tari Kazumi' lakonan Asrul Faizal, Nadia Aqilah, Sulaiman Yasin dan Nazri Ahmad. Tayangan pada Jumaat ini pukul 9.30 malam di TV2.

JUDUL : ANTARA REBAB DAN TARI KAZUMI
TARIKH / MASA : Jumaat, 25 Ogos 2017, 9.30 malam
SIARAN : Slot Citra (TV2,RTM)
PENGARAH : Mat Senibayan
TERBITAN : Pisdec Creative Sdn.Bhd
PELAKON : Nadia Aqilah, Asrul Faizal, Kuna, Kamaruzaman, Nazri Ahmad, Kuna, Sulaiman Yasin, Zalfa Zin

Lagu : Tari Kazumi
Penyanyi :Aishah AF
Ciptaan : Azmeer Abu Bakar

SINOPSIS ANTARA REBAB DAN TARI KAZUMI 
Kisah seorang gadis Jepun, Kazumi yang berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berumur sepuluh tahun bersama ayahnya, Iesyiko Yimura seorang ahli perniagaan. Kazumi membesar dan belajar di Malaysia sehingga dia fasih berbahasa Melayu dan mencintai budaya Melayu terutamanya Mak Yong.

Setelah tamat pengajian, Kazumi mendapat pekerjaan sebagai wartawan dan ditugaskan di Kota Bharu. Di sana dia tinggal di rumah orang tua Ikhwan, kawannya semasa di universiti dulu yang sekarang bekerja sebagai pensyarah.

Hujung minggu Ikhwan akan pulang ke rumah orang tuanya dan suka bermain rebab. Kebiasaannya Kazumi akan menyanyi dan menari dengan diiringi gesekan rebab Ikhwan. Ikhwan telah meluahkan cintanya kepada Kazumi dan bersambut.

Yimura menghantar orang-orangnya untuk mengintip Kazumi di Kota Bharu. Setelah mengetahui Kazumi bercinta, Yimura memanggil Kazumi balik ke Kuala Lumpur dan menyuruh mengikutnya balik ke Nagoya bagi menghalang cinta Kazumi. Mampukah Kazumi mempertahankan cintanya?