Drama Biniku Ninja

Biniku Ninja

Nantikan drama adapatasi novel Biniku Ninja tulisan Azlan Andi. Menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse. Bakal bersiaran sepanjang Ramadan bermula 29 Mei ini di saluran Astro Oasis 104 dan Maya HD 135.

JUDUL : BINIKU NINJA
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 104 & Maya HD 135
PENULIS NOVEL : Azlan Andi
PENGARAH : Syed Fariz
TERBITAN : Aanomalous Films
PELAKON : Ungku Hariz, Jihan Muse, Mark Adam, Zain Hamid

WATAK PELAKON 
Ungku Hariz sebagai Azlan
Jihan Muse sebagai Sabatini
Mark Adam sebagai Andi
Zain Hamid sebagai Tuan Syed Kalis

SINOPSIS BINIKU NINJA
Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara

GAMBAR PELAKON 
Pelakon Biniku Ninja
Pelakon drama Biniku Ninja