Cinta Koko Coklat (ntv7)

Cinta Koko Coklat

Nantikan drama bersiri Cinta Koko Coklat yang akan mengisi slot Glamadrama NTV7. Membariskan ramai pelakon popular tanah air seperti Aqasha, Zahirah Macwilson, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina, dan ramai lagi. Drama Cinta Koko Coklat sebanyak 50 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya. Mula bersiaran pada 23 Julai 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : CINTA KOKO COKLAT
JUMLAH EPISOD : 50 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : ntv7 (Slot Glamadrama)
SKRIP : Raja Azida, Baizura Kahar, Hafizh Alias
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zahirah Macwilson, Aqasha, Raja Afiq, Mimi Lana, Azrel Ismail, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Azizah Mahzan Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif, Iman Haidar

WATAK PELAKON 
Zahirah Macwilson sebagai Damia
Aqasha sebagai Haikal
Raja Afiq sebagai Malik
Mimi Lana sebagai Darwina
Azrel Ismail sebagai Faizal
Sweet Qismina sebagai Danisya
Sasqia Dahuri sebagai Zara
Faralyna Idris sebagai Jasnita
Nafiz Muaz sebagai Naim
Sura Sojangi sebagai Jasmin
Azizah Mahzan sebagai Puan Sri Soraya
Shahrolnizam sebagai Jamal
Nizen Ayob sebagai Ehsan
Kay Maria sebagai Kalsom
Iman Zulkarnain sebagai Rizal
Dato Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Farish

LAGU TEMA / OST
Ismail Izzani - Sabar

SINOPSIS CINTA KOKO COKLAT
Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik. Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim. Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

GAMBAR PELAKON
Cinta Koko Coklat