Drama Nahu Rindu (TV3)

Nahu Rindu

Drama terbaru arahan Eoon Shuhaini berjudul Nahu Rindu akan mengisi slot Zehra TV3. Diterajui oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. Turut membintangi Syazwan Zulkifly, Zulin Aziz, Shuhanty, Syazuwan Hassan dan ramai lagi. Drama Nahu Rindu akan mula bersiaran 16 Februari ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3. Episod penuh boleh ditonton melalui portal tonton.com.my.  

JUDUL : NAHU RINDU
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Februari 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Shahriman Wahap
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd & Electrovation Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Syazuwan Hassan, Putra Amaris, Zulin Aziz, Fauziah Nawi, Marisa Yasmin, Zulkifli Ismail, Amirul Faqeem, Afique Hussain, Dinie Juri

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Fateh & Kasyaf
Ummi Nazeera sebagai Nazira
Syazwan Zulkifly sebagai Zamani
Syazuwan Hassan sebagai Bukhari
Shuhanty sebagai Hilma
Zulin Aziz sebagai Dina
Marisa Yasmin sebagai Sofea
Fauziah Nawi sebagai Nek Som
Putra Amaris sebagai Doctor Iqbal

LAGU TEMA / OST NAHU RINDU
Tajuk Lagu : Mencintai Kamu
Artis : Aepul Roza (Drama Band)
Komposer & Lirik : Ammar Habir, Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Halim

SINOPSIS NAHU RINDU
Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Berita kematian Kasyaf dirahsiakan oleh suaminya sendiri kerana tidak mahu kesihatan isterinya terjejas.

Nazira yang masih tidak dapat melupakan Kasyaf pergi bercuti di sebuah chalet dengan kawan rapatnya Dina. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tetapi Fateh telah pun berumah tangga
GAMBAR PELAKON
Nahu Rindu

Pelakon Nahu Rindu
watak utama
Nahu Rindu TV3
Pelakon drama Nahu Rindu