Drama Lambaian Ramadan (TV3)

Lambaian Ramadan

A. Aida Production Sdn Bhd akan membawakan drama khas untuk tayangan Ramadan berjudul 'Lambaian Ramadan'. Kisah keluarga yang porak-peranda akibat kehadiran orang ketiga. Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Reen Rahim dan ramai lagi. Drama karya A.Aida ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan. Drama bersiri 13 episod itu akan ditayangkan bermula 31 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam menerusi slot samarinda TV3.

JUDUL : LAMBAIAN RAMADAN
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Mei 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaluddin
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Elizad Sharifuddin, Puteri Balqis, Izz Ilham, Muntazar Ghufran, Reen Rahim, Fish Fazil, Qazim Nor

WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Adam Khan
Elizad Sharifuddin sebagai Shila
Puteri Balqis sebagai Nurin
Reen Rahim sebagai Warda
Muntazar Ghufran sebagai Iskandar
Izz Ilham sebagai Iman
Qazim Nor sebagai Husin

LAGU TEMA / OST LAMBAIAN RAMADAN
Lagu : Ingatkan Dia
Aetis : Wings
Video & Lirik : Link

SINOPSIS LAMBAIAN RAMADAN
Mengisahkan kehidupan rumah tangga Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) bersama tiga anak, Iman (Izz Ilham), Iskandar (Muntazar Ghani), Nurin (Puteri Balqis). Kebahagiaan dikecapi pasangan ini mula bergolak dengan kehadiran Warda (Reen Rahim) yang berjaya menawan hati Adam. Warda merupakan kekasih lama Adam yang baru pulang dari luar negara. Warda merayu semula cinta Adam malah sanggup bermadu. Shila yang tahu hubungan Adam dan Warda tidak mampu menghalangnya kerana dialah yang merampas Adam daripada Warda 14 tahun yang lalu. Adam main kayu tiga demi kepentingan perniagaannya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Tanpa disedari, anak ketiga mereka, Nurin menghidap penyakit kronik.

GAMBAR PELAKON


Lambaian Ramadan TV3

Pelakon Lambaian Ramadan TV3
Keluarga Adam & Shila
Gambar Lambaian Ramadan TV3
Pelakon drama Lambaian Ramadan di TV3