.jpg)
Saksikan filem The Fox King (Semusim Lara) sebuah filem usahasama Malaysia dan Indonesia bakal menemui penonton di pawagam Malaysia mulai 17 September 2026. Filem arahan Woo Ming Jin ini menampilkan barisan pelakon seperti Dian Sastrowardoyo dari Indonesia, Idan Aedan, Hadi Putra, Chew Kin Wah, Amerul Affendi dan ramai lagi. Filem ni pernah ditayangkan di dua Festival Film Terkenal iaitu di Toronto International Film Festival dan Busan International Film Festival.
The Fox King (Semusim Lara)
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 17 September 2026
Skrip: Woo Ming Jin
Pengarah: Woo Ming Jin
Produksi: Sunstrong Entertainment, Greenlight Pictures, KawanKawan Media, Da Huang Pictures
Watak Pelakon
Dian Sastrowardoyo sebagai Lara
Idan Aedan sebagai Ali
Hadi Putra sebagai Amir
Amerul Affendi sebagai Budi
Chew Kin Wah sebagai Lonny
Sara Mack Lubis seabgai Erna
Sinopsis The Fox King (Semusim Lara)
Di sebuah perkampungan nelayan, pasangan kembar tidak seiras, Ali dan Amir, membesar dengan ikatan persaudaraan yang sangat teguh. Kehilangan ibu sejak kecil serta ditinggalkan bapa yang tidak bertanggungjawab memaksa Ali menggalas tanggungjawab sebagai pelindung kepada Amir, seorang remaja bijak yang sukar bercakap dan sering menjadi mangsa buli di sekolah.
Hubungan mereka mula bergolak dengan kehadiran Cikgu Lara, guru Bahasa Inggeris baharu di sekolah mereka. Paras rupa Lara yang menawan, perwatakan yang menarik, serta layanannya telah membangkitkan perasaan cemburu dan persaingan dalam kalangan pasangan kembar tersebut yang sedang meniti alam remaja. Ikatan persaudaraan yang dahulunya dianggap tidak boleh dipisahkan kini mula retak dan diuji.
