
Saksikan telefilem sempena bulan kemerdekaan bertajuk 'Sekali Sekala Merdeka' akan disiarkan pada Rabu, 26 Ogos 2026 jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.
Sekali Sekala Merdeka
Waktu Siaran: Rabu, 26 Ogos 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Adon Dagok
Produksi: Elite Forsure
Pelakon: Alya Iman, Nazrief Nazri, Kazar Saisi, Raja Azmi, Jeganathan Pithavadian, Amanda Tan, Aleza Shadan, Nora Lunia
Sinopsis Sekali Sekala Merdeka
Lina, seorang pempengaruh media sosial yang popular, mula berasa tertekan apabila usianya semakin meningkat, namun masih belum berkahwin, apatah lagi sering diasak ibunya mengenai soal jodoh. Dalam perjalanan pulang ke kampung, keretanya rosak dan terkandas di Kampung Damai sebelum dibantu oleh Pak Samad. Di situ, Lina berkenalan dengan Amir, anak Pak Samad yang merupakan usahawan yang aktif dan berdedikasi. Sepanjang berada di Kampung Damai, Lina turut menyertai penduduk kampung membuat pelbagai persiapan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, sekali gus membuka lembaran baharu yang mengubah pandangannya tentang kehidupan, keluarga dan cinta.