
Nantikan siri Viu Original: Walid sekuel kepada drama Bidaah bakal bersiaran bermula 26 Februari 2026 menerusi platform penstriman Viu. Drama karya Erma Fatima ini diarahkan oleh Pali Yahya, diterajui oleh Faizal Hussein, Aqasha, Datuk A Tamimi Siregar serta pelakon Indonesia, Olla Ramlan.
Walid
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Hari Siaran: Khamis - Jumaat
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Rumah Karya Citra
Watak Pelakon
Faizal Hussein sebagai Walid
Aqasha sebagai Habiburrahman
Olla Ramlan sebagai Raras Kartika
Datuk A Tamimi Siregar sebagai Ustaz Fateh
Marisa Yasmin sebagai Ummi Hafizah
Vanidah Imran sebagai Ummi Rabiatul
Hasnul Rahmat sebagai Abi Saifullah
Ranea Ezreen sebagai Dewi
Riena Diana sebagai Baiduri
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kalsum
Fatiya Latiff sebagai Masyitah
Malia Baby sebagai Habibah
Putra Amaris sebagai Anton
Sinopsis Walid
Mengisahkan Walid (Faizal Hussein), bekas pemimpin ajaran sesat Jihad Ummah yang melarikan diri daripada pihak berkuasa sebelum bersembunyi di kawasan pergunungan bagi membina semula pengaruhnya. Percubaannya untuk bangkit menemukan beliau dengan Habiburrahman (Aqasha), seorang pendakwah berkarisma yang menyembunyikan niat sebenar di sebalik kata-kata indah.
Namun, pakatan yang terjalin bertukar menjadi pertarungan senyap apabila kedua-duanya mula bersaing untuk menguasai kepercayaan, kesetiaan dan kuasa pengikut. Terperangkap di tengah konflik ini ialah Ummi Hafizah (Marisa Yasmin), bekas isteri Walid yang bertekad mengembalikan ajaran sebenar, serta Ustaz Fateh (Dato’ A. Tamimi Siregar), bekas mentor Walid yang pulang dari Kaherah dalam usaha terakhir menyelamatkan anak muridnya yang telah tersasar.
Pertembungan perjalanan mereka mendedahkan garis halus antara ketaatan dan penipuan, sebelum membawa kepada konfrontasi sarat emosi yang menyentuh soal ego, taubat dan penebusan.