Drama Sesaat Lebih

Sesaat Lebih

Nantikan Viu Original berjudul Sesaat Lebih (Just A Little Longer), sebuah drama komedi romantik yang bakal menemui penonton bermula 29 Januari 2026. Siri dengan 12 episod ini akan disiarkan secara eksklusif di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat. Diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Film Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Nabila Razali, Alvin Chong dan Haziq Hussni.

Sesaat Lebih

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nabila Razali sebagai Adelia
ALVN sebagai Haoyu
Haziq Hussni sebagai Adeef
Zila Bakarin sebagai Anis
Hawra Jamalullail sebagai Hana
Fahmy Reza sebagai Hasnul

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sampai Jumpa
Penyanyi: Nabila Razali, ALVN dan Haziq Hussni
Komposer / Lirik: Mohsein Kush, Seow Seng Tack, Danial Doodye, Wan Arif Iskandar

Sinopsis Sesaat Lebih

Mengisahkan perjalanan emosi Adelia (Nabila Razali), seorang wanita berkerjaya yang hidupnya musnah selepas suaminya, Haoyu (ALVN), meninggal dunia secara mengejut. Ketika Adelia berusaha membina semula kehidupannya bersama anak perempuannya, kemunculan Adeef (Haziq Hussni), sahabat lama Haoyu sejak zaman universiti, membuka lembaran baharu penuh kenangan silam, harapan dan kekuatan.