
Nantikan drama bersiri 'Kerana Cinta Itu Dusta' akan mengisi slot Samarinda TV3 pada 25 Februari nanti. Drama terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif. Dibintangi oleh Jazmy Juma, Emma Maembong, Azira Shafinaz dan Nazrief Nazri.
Kerana Cinta Itu Dusta
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Kotak Cerita
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Sufian
Emma Maembong sebagai Orked
Azira Shafinaz sebagai Seri
Nazrief Nazri sebagai Mikael
Shania Hendrik sebagai Lisa
Riz Amin sebagai Arman
Raja Azmi sebagai Mak Lela
Ayden Jasreen sebagai Saif
Dahlya Nurdelisya sebagai Putri
Sinopsis Kerana Cinta Itu Dusta
Mengisahkan Orked (Emma Maembong) dan Sufian (Jazmy Juma) pasangan suami isteri yang membina perniagaan bersama dari rumah sebelum berjaya muncul sebagai pasangan influencer dikenali ramai. Kejayaan itu banyak digerakkan oleh kebijaksanaan bisnes Orked, dengan sokongan Sufian di belakang tabir. Namun, populariti tidak menjamin kebahagiaan Orked yang semakin menyerlah dan berpengaruh, sementara Sufian perlahan-lahan merasa tersisih.
Dalam kekosongan itu, Sufian menjalin hubungan sulit dengan Seri (Azira Shafinaz), sahabat rapat Orked. Seri bukan sekadar kawan, malah pernah diselamatkan Orked daripada hubungan perkahwinan yang toksik dan tinggal bersama Orked ketika cuba membina semula hidupnya. Pengkhianatan ini berlaku secara senyap, mengkhianati kepercayaan, persahabatan dan rumah yang pernah menjadi tempat perlindungan.
Pengkhianatan itu akhirnya meruntuhkan bukan sahaja sebuah perkahwinan, tetapi juga ikatan persahabatan yang dibina atas kepercayaan. Di tengah sorotan awam dan luka yang belum sembuh, Orked terpaksa memilih antara mempertahankan maruahnya atau terus berdiam demi ketenangan yang kian rapuh.