
Platform penstriman MYTV Mana Mana memperkenalkan siri original pertama di bawah jenama MYTV Originals berjudul BF Green Flag yang ditayangkan sebanyak 20 episod berdurasi 7 minit bagi setiap siaran. Siri drama ini boleh ditonton bermula 13 November ini pada setiap Khamis pukul 12 tengah hari secara eksklusif di aplikasi MYTV Mana Mana.
BF Green Flag
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 13 November 2025
Waktu Siaran: Khamis, 12 tengah hari
Platform Penstriman: MYTV Mana-Mana
Penulis Skrip: Faten Syamimie
Pengarah: Kamal Husni
Produksi: Astra Entertainment
Watak Pelakon
Syazwan Razak sebagai Alfa
Athalia sebagai Adella
Azhan Rani
Dafi
Syahmie Thsa-Qeef
Amir Mirza
Khaleed Asyarief
Uchee Fukada
Iman Suhana
Dottie Syuhada
Ryan Bakery
Farihinarnia
WanChai
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hanya Namamu Cinta
Penyanyi: Dafi
Sinopsis BF Green Flag
Mengisahkan tentang Adella (lakonan Athalia) yang menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi selepas dikhianati dalam hubungan toksik.
Namun, takdir menemukan dia dengan Alfa (lakonan Syazwan Razak), jejaka yang diperkenalkan oleh ibu saudaranya.
Pertemuan itu mengubah hidup Adella secara perlahan-lahan dari rasa curiga menjadi percaya, dari luka menjadi sembuh.
Kisah ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi juga tentang keberanian untuk membuka hati semula dan mengenali makna cinta yang sihat bersama lelaki yang benar-benar ‘green flag'.