Filem Badak

Badak

Nantikan Badak, filem terbaru arahan M. Raihan Halim bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 2 Oktober 2025. Filem ini menampilkan lakonan Shaheizy Sam, Aida Amron, Wan Hanafi Su dan Kahoe Hon.
  

Badak

Genre: Drama Keluarga
Tarikh Tayangan: 2 Oktober 2025
Penulis Skrip: M. Raihan Halim
Pengarah: M. Raihan Halim
Produksi: Clover Films, Papahan Films, ACT 2 Pictures

Watak Pelakon
Shaheizy Sam sebagai Badak
Aida Amron sebagai Mirah
Wan Hanafi Su sebagai Abah
Kahoe Hon sebagai DJ

Sinopsis Badak

Mengisahkan perjalanan hidup seorang bapa tunggal yang pekak, Badak, yang membesarkan anaknya Mirah dalam dunia kecil yang penuh kasih, senyap tetapi sarat makna. Mereka membina dunia sendiri melalui bahasa isyarat, ekspresi wajah dan cinta tanpa syarat.

Namun apabila Mirah mencipta nama dalam dunia muzik arus perdana, keseimbangan hidup mereka mula teruji. Perlanggaran dua dunia iaitu sunyi dan bising mula mencipta jarak, bukan sahaja secara bunyi tetapi juga secara rohani.