Drama Kembali Mencintai (TV1)

Kembali Mencintai

Nantikan drama adaptasi novel 'Kembali Mencintai' karya Syamnuriezmil akan disiarkan di slot Widuri TV1 pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 6.45 petang bermula 23 Ogos 2025. Drama terbitan Todak Fusion diarahkan oleh Zaharizan Abd Mubin. Menampilkan Ikhram Juhari dan Wafariena Roslan selaku teraju utama.

Kembali Mencintai

Episod: 26
Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Zaharizan Abd Mubin
Produksi: Todak Fusion Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ikhram Juhari sebagai Tengku Faal Haris
Wafariena Roslan sebagai Thiya Taqif
Sera Melissa sebagai Che Salma Aisyah
Habeeb Rasely sebagai Firas Amsyar
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Thaqif
Fazlina Hj Ahmad Daud sebagai Puan Sri Fatimah
Azhar Amir
Marissa Yasmin
Norish karman
Juita Johari
Michelle Lungan
Kazar Saisi

Sinopsis Kembali Mencintai

Cikgu Thiya, anak hartawan yang memilih dunia pendidikan berbanding kemewahan. Tanggungjawab mengurus kutipan dana sekolah mempertemukannya dengan Tengku Faal, pewaris syarikat hartanah yang keras kepala. Saat cinta mula berputik, kemunculan semula bekas kekasih menggugat kepercayaan. Di tengah harapan keluarga dan prinsip diri, mampukah Thiya memilih jalan hidupnya sendiri?