
Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) bakal disiarkan di TV3 pada 3 Ogos 2025 jam 9 malam secara langsung di Dewan Putra, Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). AMT 2025 akan dikendalikan Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.
Sebanyak 12 kategori dipertandingkan. Pemenang ditentukan berdasarkan undian secara atas talian di www.tonton.com.my.
Barisan penyampai anugerah antaranya Che Puan Sarimah, Faizal Hussein, Anuar Zain, Ziana Zain, Ernie Zakri, Fattah Amin, Siti Hariesa, Hisham Hamid, Dolla, De Fam, Christy Ng, Ceddy Ng dan pasangan sensasi Bella Astillah serta Syed Saddiq.
Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Anuar Zain, Marsha Milan, Ella, Hael Husaini, De Fam, Ara Johari, Iman Troye, Feminin, Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Umaira, K.O.I, Marygrace, Kai Deva, Dukes dan penampilan sulung penyanyi yang dibawa khas dari Indonesia iaitu Fajar Noor.
12 kategori AMT2025
Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Daiyan Trisha
Selebriti Couple Goals Terhangat - Bella Astillah & Syed Saddiq
Selebriti Ikon Terhangat - Siti Saleha
Selebriti Feminin Terhangat - Sophia AlBarakbah
Selebriti Drama Sangat Terhangat - Che Puan Sarimah
Pilihan Proton X50 Superstar - Keymi HOTFM
Selebriti Viral Terhangat - Rosyam Nor
Selebriti Maskulin Terhangat - Fattah Amin
Selebriti Trending Terhangat - Cik Epal
Selebriti Newcomer Terhangat - Zarif Ghazzi
Selebriti Stailo Terhangat - Daiyan Trisha
Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat - Khai Bahar
Tonton Original Terhangat - BRU