
Saksikan filem 'Memori' sebuah karya menyentuh hati arahan Abid Hussain yang mengangkat tema kekeluargaan dan memori silam, bakal menemui penonton di pawagam bermula 31 Julai 2025. Filem ini telah meraih 20 anugerah utama di pentas antarabangsa.
Memori
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2025
Penulis Skrip: Yasmin Yaacob
Pengarah: Abid Hussain
Produksi: Creative Stew Sdn Bhd
Watak Pelakon
Hilal Azman sebagai Dr. Hassan
Hisyam Hamid sebagai Imran
Diana Danielle sebagai Rina
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Aanantha Rajaram
Pushpa Narayan
Aajaay Suresh
Sinopsis Memori
Mengisahkan pergolakan hubungan antara seorang bapa dan anak lelaki yang terpisah oleh luka silam. Namun apabila si ayah disahkan menghidap Alzheimer, anak itu diuji dengan dilema memaafkan serta menghargai waktu yang masih berbaki bersama insan tersayang.