
Nantikan drama Mitos Cinta Akira akan disiarkan di platform Viu pada setiap Khamis dan Jumaat mulai 25 Jun 2025. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Arabella, Muaz Zabir dan Areef Amran.
Mitos Cinta Akira
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 26 Jun 2025
Hari Siaran: Khamis & Jumaat
Platform: Viu
Idea Asal: Intan Zarina
Penulis Skrip: Bunga Wangi, Arshad Adam, Mosyuki Borhan
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Arabella Ellen sebagai Akira
Muaz Zabir sebagai Haris
Areef Amran sebagai Ikhwan
Kazar Saisi sebagai Ahmad
Lisdawati sebagai Khadijah
Mia Nasir sebagai Fatiha
Haneesya Hanee sebagai Farah
Shamsul Ghau Ghau sebagai Haji Deraman
Mas Anizan sebagai Hajah Minah
Rosnah Johari sebagai Pujiah
Rahim Omar sebagai Hamzah
Sayf Mikael sebagai Ayden
Habeeb Rasely seabgai Johan
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Aku Jatuh
Penyanyi: Fahimi Rahmat
Komposer & Lirik: Banni Basyishar & Fahimi Rahmat
Sinopsis Mitos Cinta Akira
Mengisahkan tentang Akira dan Haris, pasangan muda yang jatuh cinta sejak zaman sekolah. Namun, perbezaan personaliti, tekanan keluarga dan pelbagai halangan menjadi ujian besar buat mereka. Sebuah insiden pengkhianatan memisahkan mereka, lalu Haris menghilang tanpa berita. Akira yang hancur hati mula membina semula kehidupannya, disokong oleh sahabat karib Haris sendiri, Ikhwan.
Tahun demi tahun berlalu, dan takdir mempertemukan semula Akira dan Haris. Tetapi kali ini, hati Akira sudah pun dimiliki oleh lelaki yang membantunya bangkit. Kini, dia berdepan dilema besar, memilih cinta lama yang pernah melukakannya, atau cinta baru yang membinanya semula.