Drama One Cent Thief 2

One Cent Thief 2

Siri premium Astro Originals, 'One Cent Thief' kini kembali dengan musim kedua mengupas isu yang lebih berat dan relevan. Ia membongkar sisi gelap manusia yang sering didorong oleh nafsu untuk memiliki kuasa dan kedudukan. Pelbagai isu disajikan seperti konflik dalaman keluarga, integriti dalam pekerjaan, manipulasi politik, dan penyalahgunaan undang-undang demi kepentingan peribadi.

Siri ini adalah hasil sentuhan kreatif dua nama besar dalam industri, Ariff Zulkarnain dan Alfie Palermo. One Cent Thief Musim 2 akan mula bersiaran bermula 31 Januari 2025 setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.

One Cent Thief 2

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 31 Januari 2025
Rangkaian: Astro GO, Astro Citra, Astro Ria, Sooka
Pengarah: Ariff Zulkarnain & Alfie Palermo
Produksi: Astro Shaw & Independent Pictures

Watak Pelakon 
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Azira Shafinaz sebagai Intan
Faizal Hussein sebagai Abah
Fabian Loo sebagai Chen
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Trisha Ooi sebagai Diyana
Syarul Ezani sebagai Dzia
Shashi Tharan sebagai Kapten Chandran

Sinopsis One Cent Thief 2

Iman Shah, si pencuri bergelar One Cent Thief, meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang kini semakin kebal setelah berjaya menyusup ke dunia politik. 

Dengan bantuan Chen, pemimpin kumpulan penggodam elit Digital Karma, mereka merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada rakyat. 

Namun, cabaran semakin getir apabila Ibu Zara menggunakan pengaruh politiknya untuk memutarbelitkan undang-undang dan menyukarkan usaha pihak berkuasa seperti Intan dalam mendakwa kesalahan jenayahnya.